Euro 2020: Republik Czech kutip mata penuh

0
41

GLASGOW – Penyerang Czech, Patrik Schick menjadi wira pasukannya apabila dua gol jaringannya sudah mencukupi bagi menewaskan Scotland 2-0 dalam satu perlawanan kumpulan D Euro 2020, sebentar tadi.

Dalam perlawanan di Hampden Park sebentar tadi, kedua-dua gol Schick hadir pada minit ke-42 dan 52.

Scotland, yang sudah 23 tahun tidak menyertai sebarang kejohanan utama bola sepak, gagal menembusi pertahanan pasukan lawan yang dikemudikan oleh penjaga gol, Tomáš Vaclík.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan D semalam, England menewaskan Croatia 1-0 dengan gol dijaringkan oleh Raheem Sterling.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here