Euro 2020: Russia tewaskan Finland

0
52
Penjaga gol Finland, Lukas Hradecky menyelamatkan rembatan pemain Russia ke arah pintu golnya.

SAINT PETERSBURG, Russia – Russian berjaya menewaskan Finland 1-0 dalam satu perlawanan Kumpulan B Kejohanan Euro 2020, sebentar tadi.

Gol Russia hadir pada waktu kecederaan ketika perlawanan separuh masa pertama hampir tamat menerusi pemain tengah, Aleksei Miranchuk (min. 45+2).

Perlawanan berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun Russia berjaya memanfaatkan peluang untuk menjaringkan gol kemenangan.

Satu lagi perlawanan Kumpulan B di antara Belgium menentang Denmark akan berlangsung di Stadium Parken, Copenhagen pada tengah malam esok (waktu Malaysia).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here