Euro 2020: Sweden, Sepanyol mara ke pusingan seterusnya

0
39
Pemain Sepanyol, Koke (kiri) dan Pablo Sarabia meraikan kemenangan mereka ke atas Slovakia, sebentar tadi.

SAINT PETERSBURG – Pasukan Sweden dan Sepanyol layak ke pusingan kalah mati Kejohanan Euro 2020 apabila berjaya mengalahkan lawan masing-masing dalam perlawanan terakhir Kumpulan E, sebentar tadi.

Dalam perlawanan di Stadium Saint Petersburg di Rusia, Sweden berjaya menewaskan Poland 3-2 menerusi gol jaringan Emil Forsberg (min. 2, 59) dan Viktor Claesson (min. 90+4), manakala gol Poland pula dijaringkan oleh Robert Lewandowski (min. 61, 84).

Pemain Poland, Lewandowski (jersi merah) cuba merembat bola melepasi pemain pertahanan Sweden, sebentar tadi.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan, Stadium La Cartuja di Seville, Sepanyol menang bergaya dengan membelasah Slovakia 5-0, hasil dua gol sendiri pemain lawan – Martin Dúbravka (min. 30) dan Juraj Kucka (min. 71) – dan menerusi Aymeric Laporte (min. 45+3), Pablo Sarabia (min. 56) dan Ferran Torres (min. 67).

Keputusan ini bermaksud, Sweden mara ke pusingan seterusnya selaku juara kumpulan, diikuti Sepanyol selaku naib juara.

Dalam pusingan seterusnya, Sweden bakal bertemu salah satu daripada 4 pasukan terbaik di tempat ketga kumpulan, manakala Sepanyol akan menentang naib juara Kumpulan D, Croatia, pada 29 Jun nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here