Euro 2020: VAR selamatkan Wales

0
66
Pemain Switzerland, Embolo (jersi no. 7) sedang melakukan tandukan ke arah gol pasukan Wales.

BAKU, Azerbaijan – Perlawanan kedua kumpulan A kejohanan Euro 2020 di antara Wales dan Switzerland sebentar tadi berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Dalam perlawanan di Stadium Olimpik di Baku itu, Switzeland terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Breel Embolo pada minit ke-49.

Pada minit ke-74, Wales berjaya menyamakan kedudukan apabila tandukan Kieffer Moore gagal ditampan oleh penjaga gol Switzerland, Yan Sommer.

Tandukan pemain Wales, Moore (lilit kepala merah) gagal dihalang oleh penjaga gol Switzerland, Sommer (jersi kuning) menjadikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Switzerland cuba menggandakan asakan dan cubaan mereka pada minit ke-87 hampir berjaya membuahkan hasil apabila sepakan pemain gantian Mario Gavranovic berjaya menerjah jaring.

Namun, pengadil kemudiannya membatalkan jaringan tersebut setelah rakaman video bantuan pengadil (VAR) mendapati pemain itu terlebih dahulu berada di kedudukan ofsaid.

Keputusan ini bermakna kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata, di belakang Itali yang berjaya memungut mata penuh setelah mengalahkan Turki 3-0 awal pagi tadi.

Perlawanan Kumpulan B sebentar lagi akan menyaksikan Denmark bertemu Finland di Copenhagen, Denmark pada pukul 12 tengah malam, diikuti dengan perlawanan Belgium menentang Rusia di Saint-Petersburg, Rusia pada pukul 3 pagi nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here