Euro2020: Dua gol Ronaldo bantu Portugal tewaskan Hungary

0
196

BUDAPEST – Juara bertahan kejohanan Euro, Portugal berjaya meraih kemenangan 3-0 ke atas Hungary dalam perlawanan kumpulan F di Arena Puskas, sebentar tadi.

Gol Portugal hadir menerusi pemain pertahanan, Raphaël Guerreiro (min. 84) dan penyerang prolifik Christiano Ronaldo (min. 87 pen, min. 90+2).

Ronaldo kini mencatat sejarah sebagai penyerang dengan jaringan terbanyak dalam kejohanan Euro sepanjang masa, dengan 11 gol dalam 22 penampilan.

Rekod terdahulu dipegang oleh pemain Perancis, Michel Platini dengan 9 gol daripada 5 penampilan pada tahun 1984.

Untuk rekod, beliau juga merupakan pemain pertama yang beraksi dalam 5 Euro (2004, 2008, 2012, 2016, 2020) sejak kejohanan itu mula dianjurkan pada tahun 1960.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here