Fadillah Yusof positif Covid-19

0
68
Fadillah Yusof

CYBERJAYA – Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof disahkan positif Covid-19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal, semalam.

Perkara itu dimaklumkan melalui satu kenyataan oleh Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kerja Raya hari ini.

Menurut kenyataan itu, Fadillah menjalani rutin ujian saringan jam 10.15 pagi Khamis dan telah disahkan dijangkiti wabak itu.

“Sebelum ini beliau sentiasa menjalani ujian saringan dari semasa ke semasa dan keputusan adalah negatif termasuk terkini pada 3 Jun 2021.

“Datuk Seri Fadillah kini berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

“Beliau juga berdoa agar Allah SWT mempermudah urusan semua yang terlibat,” jelas kenyataan itu.

Fadillah akan menjalani kuarantin di rumah seperti dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak mempunyai sebarang gejala.

“Sepanjang tempoh kuarantin, Datuk Seri Fadillah akan terus memantau dan memastikan urusan kementerian berjalan dengan lancar,” jelas kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here