GKP 3.0 akan mula diagihkan Khamis ini

0
155

CYBERJAYA – Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 akan mula diagihkan kepada penerima secara berperingkat bermula pada Khamis ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP.

Beliau berkata, ia melibatkan hampir sejuta penerima terdiri daripada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro akan menerima bantuan masing-masing RM1,000.

“Semakan status kelulusan boleh dibuat mulai hari ini di pautan https://gkp.hasil.gov.my.

“Selain itu, bayaran tambahan sebanyak RM500 melibatkan peruntukan hampir RM500 juta pula akan dibayar pada Julai depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, kerajaan menyediakan peruntukan RM1.5 bilion bagi GKP 3.0 dimana ia merangkumi PKS mikro sedia yang sudah menerima GKP 1.0 dan GKP 2.0.

Katanya, sejumlah RM5.08 bilion disalurkan kerajaan kepada hampir sejuta PKS mikro di bawah program bantuan GKP sejak Covid-19 melanda negara tahun lalu.

“Kerajaan berharap agar bantuan langsung yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan

meringankan beban mereka, terutamanya mereka yang amat terkesan akibat pelaksanaan PKP 3.0 pada kali ini,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) mengumumkan bantuan RM1,000 kepada PKS mikro menerusi GKP 3.0.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here