
CYBERJAYA – Graduan pendidikan akan diberikan keutamaan untuk pengambilan khas secara ‘one-off’ seperti yang diumumkan semalam.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pemilihan tertakluk kepada calon yang memenuhi kriteria dan berjaya dalam tapisan.
Radzi berkata, beliau sedia maklum mengenai kegusaran yang diluahkan menerusi komen di laman Facebook berkaitan pengambilan itu.
“Saya dapati ada luahan kegusaran dalam ruangan komen Facebook berkaitan pengumuman pengambilan guru secara one-off yang saya umumkan semalam.
“Luahan tersebut menggambarkan seolah-olah ambilan guru secara one-off ini tidak mengutamakan graduan pendidikan,” katanya di Facebook hari ini.
Menurut Radzi lagi, perkara berhubung keutamaan yang akan diberikan kepada graduan pendidikan sudah dijelaskan ketika sidang akhbar semalam.
“Sekiranya calon berjaya dalam kalangan graduan pendidikan masih tidak mencukupi disebabkan ketidakpadanan opsyen, maka urusan pengambilan akan diperluaskan kepada graduan bukan pendidikan tertakluk kepada kesesuaian,” katanya