Guna nama sebenar Perdana Menteri, Mahiaddin Md. Yasin dalam dokumen rasmi

0
485
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Guna nama ‘Mahiaddin Md. Yasin’ atau ‘Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Haji Md. Yasin’ bagi semua urusan surat-menyurat dan dokumen rasmi kerajaan berkuat kuasa serta-merta.

Itu merupakan isi kandungan Memo Perhubungan Pejabat Perdana Menteri bertarikh 3 Jun 2021 yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Sulit Kepada Perdana Menteri, Marzuki Mohamad.

Memo berkenaan susulan pandangan Jabatan Peguam Negara yang menyarankan semua dokumen rasmi yang memerlukan penggunaan atau tandatangan nama Perdana Menteri menggunakan nama rasmi beliau.

Memo bertarikh 3 Jun Lalu

Dipercayai memo berkenaan dikeluarkan selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 April lalu membatalkan perintah penahanan yang ditandatangani Perdana Menteri yang menjalankan tugas Menteri Dalam Negeri kerana tidak menggunakan nama dalam kad pengenalan (MyKad) iaitu Mahiaddin Md Yasin.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Norsharidah Awang memutuskan bahawa di bawah Akta Fungsi Menteri 1969, Perdana Menteri mesti menggunakan nama Mahiaddin Md. Yasin yang diwartakan seperti yang dinyatakan dalam MyKad miliknya.

“Perdana Menteri akan terus dikenali sebagai Muhyiddin Yassin oleh orang awam dan media,” katanya.

Difahamkan juga, memo tersebut hanya untuk edaran dalam Pejabat Perdana Menteri dan bukan arahan daripada Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here