Guru yoga cetus kemarahan doktor di India

0
202
Baba Ramdev

NEW DELHI – Dakwaan seorang guru yoga terkenal di India yang mendakwa amalan kesihatan itu dapat mencegah jangkitan Covid-19 mengundang kemarahan para doktor di negara yang sedang bergelut dengan pandemik maut itu.

Pengasas empayar perubatan tradisional di New Delhi, Baba Ramdev antara lain turut mengatakan ubat-ubatan moden yang digunakan terhadap pesakit Covid-19 telah meragut ratus ribu nyawa.

Ramdev juga mendakwa dia tidak memerlukan sebarang suntikan vaksin kerana sudah dilindungi oleh manfaat amalan yoga dan ubat-ubatan tradisional atau Ayurveda.

Tidak cukup dengan itu, Ramdev juga menggelar amalan perubatan moden sebagai ‘sains bodoh yang gagal’ sehingga mencetuskan kemarahan persatuan doktor, All India Institute of Medical Sciences (AIIMS), menurut laporan AFP.

Berikutan itu, ribuan doktor mendesak kerajaan menahan Ramdev yang mempromosikan ‘anti-vaksin’ melalui tunjuk perasaan dan protes, Black Day.

Syarikat Patanjali Ayurved milik Ramdev merupakan antara 13 jenama paling dipercayai di India yang menjual pelbagai barangan kesihatan dan keperluan harian dan dianggarkan bernilai ratusan juta dolar.

Syarikat itu sebelum ini pernah melancarkan ubat-ubatan daripada herba dinamakan Coronil yang didakwa mampu merawat Covid-19 dalam majlis yang dirasmikan oleh Menteri Kesihatan.

Produk keluaran syarikat Ramdev yang mendakwa dapat mencegah dan mengubati Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here