Hamas setuju berbincang isu pertukaran tahanan dengan Israel

0
408
Yahya Sinwar (kiri) selepas mengadakan pertemuan dengan Abbas Kemal (kanan). – GAMBAR MEDIA SOSIAL

GAZA CITY – Hamas bersetuju untuk mengadakan ‘perbincangan dengan segera’ dengan Israel mengenai pertukaran tahanan.

Menurut Times of Israel, persetujuan itu disuarakan oleh ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar.

Yahya berkata demikian setelah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Perisikan Mesir, Jeneral Abbas Kamel, semalam.

Pertemuan itu susulan kunjungan kerja Abbas ke Tel Aviv dan Ramallah selaku orang tengah rundingan gencatan senjata konflik 11 hari antara Gaza dan Israel, baru-baru ini.

“Isu pertukaran tahanan (sebenarnya) sudah menampakkan sedikit hasil sebelum ini, namun terhenti berikutan perkembangan politik di Israel,” kata Yahya yang merujuk kepada kemelut politik rejim Zionis itu.

Pada ketika ini, Hamas menahan dua rakyat Israel – Hisham al-Sayed dan Avera Mengistu, dan juga dua mayat tentera Israel – Hadar Goldin dan Oron Shaul.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here