Helikopter TLDM lakukan pendaratan cemas

0
685

CYBERJAYA – Sebuah helikopter jenis AS 555 SN Fennec milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan terpaksa membuat pendaratan cemas di Pangkalan TLDM Lumut, tengah hari tadi.

Menurut TLDM dalam satu kenyataan, helikopter yang sedang membuat penerbangan operasi itu, terpaksa melakukan pendaratan cemas pada pukul 12 tengah hari.

“Kesemua krew berjaya diselamatkan, dan kini sesang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM di Lumut,” kata kenyataan itu.

TLDM turut mengesahkan kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan pada orang awam.

“Berikutan kejadian, TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi menyiasat punca kejadian,” tambah kenyataan itu lagi.

Untuk rekod, ini merupakan kejadian kemalangan pertama melibatkan pesawat TLDM sepanjang lebih 30 tahun penubuhan Skuadron Udara TLDM iaitu KD Rajawali yang berpangkalan di Lumut.

Selain 6 buah helikopter Fennec, TLDM turut mengoperasikan 6 buah helikopter tempur jenis Super Lynx Mk 100.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here