HPKK UKM mula terima pesakit Covid-19

0
82
twitter/DGHisham

CYBERJAYA – Hospital Pakar Kanak-kanak (HPKK) UKM di Cheras sudah mula menerima pesakit Covid-19 sejak semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kesemua pesakit yang dirujuk ke hospital ini merupakan pesakit dari Selangor dan Kuala Lumpur.

“Hospital ini menerima rujukan hanya dari Pusat Kawalan Covid-19 Bersepadu Wilayah Tengah yang berperanan mengkordinasi pergerakan dan penempatan pesakit Covid-19 di Selangor dan Kuala Lumpur,” kata Dr. Noor Hisham dalam ciapannya di Twitter, hari ini.

Beliau turut memaklumkan, setakat pagi tadi, sebanyak 14 pesakit dengan gejala serius sedang dirawat di hospital itu, termasuk 1 pesakit di unit rawatan rapi (ICU).

“(Untuk makluman) HPKK UKM merupakan hospital yang baru siap dibina dan semalam merupakan kali pertama hospital ini menerima pesakit,” kata beliau lagi.

Pengambilmilikan sementara hospital ini dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menggunakan kuasa di bawah Seksyen 3 dan Seksyen 4 Ordinan Darurat 2021 bagi membantu KKM meningkatkan kapasiti rawatan Covid-19 di sekitar Lembah Klang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here