Hungary luluskan undang-undang halang dakyah LGBTI disebar kepada golongan bawah 18 tahun

0
420
PM Hungary, Viktor Orban

BUDAPEST – Parlimen Hungary semalam meluluskan undang-undang yang melarang penampilan individu gay dalam bahan pendidikan dan program televisyen bagi golongan di bawah 18 tahun.

The Guardian melaporkan, undang-undang itu diluluskan dengan 157 menyokong dengan 1 menentang.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Viktor Orban merupakan seteru kuat kepada gerakan lesbian, gay, bisexual, transgender dan intersex (LGBTI) di Eropah, dan pengenalan undang-undang ini merupakan satu daripada langkah untuk mematikan gerakan itu daripada terus berkembang di negara itu.

“Kita tidak boleh biarkan kandungan (bahan pendidikan dan hiburan) meracuni pemikiran anak-anak kita. I perlu dikawal.

“Ia boleh merosakkan perkembangan moral dan juga imej penampilan mereka pada masa akan datang,” kata seorang jurucakap kerajaan.

Amnesty International di Hungary, bagaimanapun, mengecam tindakan kerajaan dan melabelkan tindakan itu sebagai ‘satu hari yang gelap buat gerakan LGBTI di negara itu’.

“Kelulusan undang-undang itu sebenarnya secara tidak langsung mengaitkan gerakan LGBTI dengan pedofilia,” kata pengarahnya, David Vig.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here