
NEW DELHI – India kini mengkelaskan jangkitan Covid-19 varian Delta yang bermutasi sebagai varian bermasalah (VOC).
Menurut laporan al-Jazeera, varian yang dikenali sebagai Delta Plus ataupun AY.01 itu kini sudahpun menjangkiti sekurang-kurangnya 22 pesakit di tiga wilayah – Maharashtra, Kerala dan Madhya Pradesh.
Menurut kementerian kesihatan India, Delta Plus adalah lebih mudah dijangkiti, dan menasihatkan ketiga-tiga wilayah itu untuk meningkatkan ujian dalam kalangan penduduk.
“Berdasarkan dapatan INSAGOC (SARS -CoV-2 Genomic Consortia India), pihak kementerian telah memberi nasihat sewajarnya kepada ketiga-tiga wilayah itu,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Varian Delta Plus mempunyai tiga ciri utama iaitu ia mudah dijangkiti; yang kedua, ia lebih mudah terikat pada sel reseptor paru-paru; dan ketiga, ia berpotensi tinggi untuk mengurangkan keberkesanan antibodi.