Individu divaksin maut selepas makan durian palsu-KKM

0
149

Ketika ini musim durian di Malaysia

CYBERJAYA – Jangan terpedaya dengan berita tular yang mengaitkan seorang individu yang telah divaksin meninggal dunia selepas mekan durian.

Kementerian Kesihatan memaklumkan, berita berkenaan adalah palsu dan orang ramai diminta supaya tidak menyebarkan berita tersebut.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan maklumat ini palsu. Mohon kerjasama semua untuk tidak menyebarkannya,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu tular di laman sosial kononnya seorang individu yang telah divaksinasi meninggal dunia selepas makan durian.

“Beritahu keluarga dan rakan-rakan untuk jangan makan durian sebelum atau selepas vaksinasi.

“Rakan saya di kebun diberi vaksin dan kembali makan durian pada keesokan harinya dan meninggal dunia.

“Lebih baik mengetahui dan berhati-hati. Hidup itu berharga, kerana suatu saat kejahilan akan membunuhnya, menyedihkan,” kata mesej yang tular itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here