
JAKARTA – Indonesia mengambil keputusan untuk membatalkan penghantaran jemaah haji ke tanah suci Mekah pada tahun ini.
Menurut laporan Sindonews, keputusan berkenaan dibuat oleh para pemimpin Indonesia melalui Kementerian Agama (Kemenag).
Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas dilaporkan berkata, Keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia.
“Telah ditetapkan bahawa penghantaran jemaah haji Indonesia yang menggunakan kuota haji dan lain-lain adalah dibatalkan,” katanya.
Antara faktor pembatalan itu ialah pemimpin republik itu bertanggungjawab melindungi penduduknya daripada Covid-19 yang masih melanda dunia.
Keputusan itu juga dibuat selepas pihak berkuasa Arab Saudi yang belum menjemput kerajaan Indonesia berkenaan pelaksanaan ibadah haji.