Israel buka dua kedutaan di UAE

0
105
Lapid (kanan) memotong reben bersama Noura Al-Kaabi sebagai simbolik jalinan hubungan diplomasi antara Israel dengan UAE

ABU DHABI – Negara haram Israel semalam mengukuhkan hubungan diplomatiknya dengan Emiriah Arab Bersatu melalui pembukaan dua pejabat kedutaan di Abu Dhabi dan Dubai.

Kenyataan pembukaan itu diumumkan oleh diplomat tertinggi Israel, Yair Lapid dalam kunjungannya ke negara itu menerusi akaun Twitternya.

Dalam ciapannya, Lapid berkata, pembukaan kedutaan di Abu Dhabi dirasmikan bersama Menteri Belia dan Kebudayaan UAE, Noura Al-Kaabi.

Dalam lawatan yang sama, Lapid turut mengumumkan pembukaan kedutaan Israel di Dubai, bandar komersial utama UAE yang kini berkembang menjadi hab perniagaan global.

Pembukaan dua kedutaan itu terlaksana selepas negara Teluk itu menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel dan selepas menerima kunjungan menteri-menteri Yahudi sebelum ini.

Melalui jalinan diplomatik yang dicapai pada Ogos lalu itu, UAE dan Israel mengumumkan kerjasama dalam beberapa sektor utama termasuk pelancongan, penerbangan dan perkhidmatan kewangan.

Selain UAE, beberapa negara Arab seperti Bahrain, Maghribi dan Sudan turut menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara penjajah Israel yang disifatkan sebagai normalisasi hubungan diplomatik antarabangsa.

Tindakan itu mendapat kecaman masyarakat Islam di seluruh dunia ketika dunia yang ketika ini menyaksikan kekejaman Israel terhadap bumi Palestin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here