Israel jangka pertempuran akan tercetus semula pada bila-bila masa

0
606

TEL AVIV – Ketua Turus Pemerintahan Selatan tentera Israel menjangkakan pertempuran dengan pejuang Palestin di Gaza akan tercetus kembali pada bila-bila masa.

Menurut Times of Israel, pandangan itu dikeluarkan oleh Mejar Jeneral Eliezer Toledano yang menambah, konflik 11 hari pada bulan lalu, “hanyalah peringkat pertama kepada kempen yang lebih besar”.

ELIEZER TOLEDANO

“Operasi itu sudah berakhir, sekurang-kurangnya peringkat pertama.

Peringkat seterusnya akan berlaku (kemudian) jika situasi keselamatan berubah,” kata Toledano dalam temubual bersama rangkaian televisyen tempatan, Channel 13.

Konflik selama 11 hari bulan lepas menyaksikan pejuang Palestin melancarkan lebih 4,300 serangan roket dan mortar ke atas Israel, manakala Israel melancarkan kira-kira 1,500 serangan ke atas Gaza.

Seramai 253 penduduk Gaza terbunuh dalam konflik itu, dengan 67 daripadanya kanak-kanak dan remaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here