Israel temukan kes keradangan jantung dalam kalangan penerima vaksin Pfizer

0
963
GAMBAR HIASAN

TEL AVIV – Kementerian Kesihatan Israel menemukan kes keradangan jantung pada golongan muda yang menerima vaksin Covid-19.

Kata Reuters, laporan yang diterbitkan semalam mengatakan, sebanyak 275 kes keradangan jantung atau myocarditis ditemukan antara Disember 2020 dam Mei 2021 daripada 5 juta individu yang telah menerima vaksin Covid-19 itu.

Kebanyakan individu yang terkena komplikasi itu terpaksa dirawat di hospital selama 4 hari, dengan 95 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai kes sederhana.

Laporan itu menyebut, “terdapat kemungkinan kaitan antara dos kedua (vaksin Pfizer) dengan komplikasi myocarditis dalam kalangan penerima yang berumur antara hingga 30 tahun.”

Pfizer ketika dihubungi berkata, pihak mereka menyedari kewujudan laporan itu, namun belum ad bukti kukuh komplikasi itu berpunca daripada vaksin keluarannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here