Ivermectin hanya didaftarkan untuk kegunaan haiwan, ujian klinikal

0
202
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Keberkesanan ubat Ivermectin dalam merawat Covid-19 masih tidak dapat dibuktikan secara klinikal, sebaliknya ia hanya didaftar di negara ini untuk kegunaan haiwan.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam ciapan di Twitter hari ini menjelaskan, rampasan produk Ivermectin dalam satu operasi antara 14 hingga 17 Jun di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dibuat kerana tidak berdaftar dengan KKM.

“Semua ubat Ivermectin yang didaftarkan di Malaysia adalah untuk kegunaan haiwan.

“Belum ada bukti meyakinkan ubat ini untuk merawat pesakit Covid-19,” kata KKM.

Sebelum ini, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memaklumkan tiada produk dengan bahan aktif Ivermectin berdaftar untuk kegunaan manusia.

Manakala Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula hanya membenarkan Ivermectin untuk rawatan Covid-19 hanya untuk tujuan kajian klinikal.

Sementara ini, Profesor Farmakologi di International Medical University (IMU), Prof Dr Azizi Ayob memaklumkan, penilaian yang dilakukan terhadap penggunaan ubat itu untuk manusia masih kekurangan bukti dan tidak diluluskan di Kesatuan Eropah (EU).

Dr. Azizi berkata, antara contoh yang paling hampir bagi penggunaan ubat yang tidak didaftarkan adalah seperti Paracetamol yang didaftarkan untuk mengawal demam tetapi digunakan merawat cirit-birit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here