Jaminan jualan produk halal di platform Malakat.com

0
62


Malakat.com

CYBERJAYA-Kesemua produk yang di pasarkan di Malakat.com mestilah mempunyai sijil halal Jakim bagi produk makanan atau produk itu mestilah dimiliki oleh orang Islam.

Pengasas Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim berkata, Malakat.com sama seperti platform marketplace yang lain, cuma platform ini memberi kelainan dalam soal produk halal.

“Kesemua produk yang di pasarkan di platform ini mestilah mempunyai sijil halal Jakim bagi produk makanan atau produk itu mestilah dimiliki oleh orang Islam. 

“Jika produk kosmetik atau kesihatan, nombor pendaftaran kelulusan jabatan farmasi atau Kementerian Kesihatan adalah menjadi syarat utama,” katanya di laman Facebooknya hari ini.

Menurut Mohd Fadzil, Malakat.com sebenarnya adalah versi baru Hayib.com yang telah mula beroperasi sejak tahun 2019. 

“Hasil daripada maklum balas dan pandangan dari pengguna dan seller di Hayin, Platform ini telah dibangunkan semula bagi memastikan Malakat.com mampu bersaing setanding dengan platform-platform yang sedia ada.

“Dengan adanya platform ini, pengguna tidak perlu lagi risau tentang status halal atau keselamatan produk yang dibeli. Malakat akan membuat tapisan terlebih dahulu sebelum produk mula dijual didalam platform ini.

“Kepada sesiapa yang mempunyai produk, Jom sertai Malakat sebagai seller dan mula berniaga di platform kita sendiri. Jadilah antara yg terawal berniaga di Malakat demi membina kekuatan ekonomi kita sendiri.

“Daftar sekarang di https://malakat.com . Jika ada pertanyaa, sila ke ruangan chat di website.
Berikut antara jenis barangan yang diperlukan di platform Malakat.com:


1. Barangan runcit, keperluan

2.Electronic devices

3. Electronic Accessories

4. Home Appliances

5.Health & Beauty

6.Babies & Toys

7. Groceries & Pets

8.Islamic Products

9. Home & Lifestyle

10. Men’s Fashion

11. Women’s Fashion

12. Fashion Accessories

13.Sports & Travel

14.Automotive & Motorcycles

15.Foods

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here