Jangan anjurkan pesta durian-Polis Perak

0
61
Musim durian sememang antara musim yang ditngu-tunggu di Malaysia

PERAK – Polis menasihati orang ramai supaya tidak menganjurkan sebarang perhimpunan, termasuk pesta durian sempena musim raja buah itu ketika ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ketika ini, sebarang bentuk perhimpunan menyalahi prosedur operasi standar (SO) ketika PKP.

“Ikut SOP memang tidak boleh. Hendak merentas negeri dan daerah pun tidak dibenarkan. Apatah lagi hendak buat pesta tertentu seperti pesta durian. 

“Tidak kisah pesta apa-apa sekalipun, memang tidak dibenarkan sama sekali,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) hari ini.

Menurut Mior Faridalathrash, orang ramai dibenarkan untuk berniaga dan juga membeli tetapi, untuk anjurkan pesta durian tidak dibenarkan sama sekali.

“Kita faham, dii Perak khususnya, serta di seluruh negara sedang dalam musim durian dan semua orang nak makan durian. Namun, sila guna saluran yang dibenarkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here