Jangan beli telur pecah yang dibungkus plastik, risiko penyakit berbahaya

0
124
Telur itu bukan sengaja dipecahkan tetapi telur yangecah sendiri semasa dibawa dalam lori atau ketika memunggah telur.

CYBERJAYA – Telur yang telah pecah dan dijual di dalam plastik berisiko mengandungi bakteria salmonella yang tinggi.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membeli telur berkenaan bagi mengelak dijangkiti penyakit berbahaya.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan berkata, orang ramai perlu faham bahawa telur berkenaan bukan telur yang elok.

“Perlu faham, ini bukan telur yang elok dan dipecahkan sendiri oleh peniaga, tetapi ini ialah telur-telur yang pecah sendiri semasa dibawa dalam lori atau ketika memunggah telur.

“Ada peniaga yang tidak mahu buang, jadi mereka pecahkan dan masukkan ke dalam plastik untuk dijual kepada pelanggan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Selain itu katanya, kebiasaannya najis ayam masih melekat pada permukaan kulit telur sehali gus menyebabkan telur tersebut mengandungi banyak bakteria salmonella.

“Salmonellosis adalah jangkitan bakteria salmonella pada sistem penghadaman manusia. 

“Kebanyakan jangkitan kes Salmonellosis adalah berpunca daripada makanan yang telah dicemari oleh bakteria salmonella atau sentuhan secara langsung dengan pesakit yang telah terkena jangkitan.

“Pengendalian yang tidak sempurna dari segi kebersihan kulit telur atau telur yang tidak dimasak dengan betul boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti Salmonellosis,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here