Januari hingga Mei, MAIWP agih bantuan zakat RM303 juta

0
29
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

CYBERJAYA – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengagihkan bantuan zakat sebanyak RM303 juta kepada golongan asnaf sejak Januari hingga Mei lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, agihan itu membabitkan 30 skim bantuan, inisiatif menarik seperti bantuan perniagaan (Musa’adah Tijariyyah), bantuan zakat kecemasan termasuk perbelanjaan pengurusan, prasarana dan fasiliti untuk asnaf.

Menurut Zulkifli, bermula hari ini beliau akan kongsikan trivia pencapaian agensi-agensi agama bawah JabatanHal Ehwal Agama bermula 2020 hingga 2021.

“Saya dan Timbalan, Datuk Ahmad Marzuk Shaary akan sentiasa memastikan agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab kami dapat memberikan khidmat terbaik membantu rakyat Malaysia terutamanya dalam tempoh pandemik Covid-19,” katanya melalui Facebook hari ini.

Zulkifli berkata, MAWIP turut mengadakan beberapa pembaharuan seperti memperkenalkan Aplikasi Mobile Jejak Asnaf (MoJA) bagi membantu orang ramai melaporkan mengenai golongan asnaf.

Menurutnya, aplikasi itu turut dilengkapi teknologi sistem pengesanan lokasi (GPS) bagi memudahkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP omengesan golongan asnaf yang memerlukan bantuan di Wilayah Persekutuan.

Katanya, orang ramai yang memerlukan bantuan juga boleh membuat permohonanzakat dalam talian melalui portal ebaitulmal.maiwp.gov.my.

“Perkhidmatan bantuan lain yang bakal diperkenalkan adalah Projek Foodtruck MAIWP yang akan memberi manfaat juadah makanan secara percuma kepada 750 golongan asnaf dan yang memerlukan setiap hari lima hari seminggu.

“Selain itu, projek Kedai Makan Usahawan MAIWP membabitkan tiga kedai milik usahawan asnaf akan memberi manfaatmakanan percuma kepada 300 golongan asnaf dan yang memerlukan setiap lima hari seminggu.

“Projek Foodrider MAIWP membabitkan 10 kakitangan MAIWP yang ditugaskan untuk menghantar Kit Bantuan Makanan kepada asnaf yang akan diadakan dapat membantu golongan memerlukan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here