Jawi benarkan ibadah korban di Wilayah Persekutuan

0
56
Kemeriahan ibadah korban sentiasa dinanti-nantikan

CYBERJAYA- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memutuskan ibadah korban bagi musim 1442H/ 2021M tahun ini dibenarkan namun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Pengarahnya Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, keputusan pelaksanaan ibadah itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Bagi pelaksanaan ibadah korban oleh masjid dan surau, Jawi menetapkan proses penyembelihan binatang korban, lapah, potong dan pembungkusan daging korban hanya dilaksanakan di rumah sembelihan.

“Proses penyembelihan binatang korban hanya dilakukan di Rumah Sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengikut penyelarasan Jawi melalui Pejabat-Pejabat Pentadbiran Zon.

“Manakala, pengagihan dibuat secara terus kepada peserta, fakir miskin berdasarkan senarai nama yang ditetapkan, petugas barisan hadapan dan golongan sasaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Ajib, pelaksanaan ibadah korban di kawasan lapang selain masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan pula, perlu mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jawi dan Pejabat Kesihatan Daerah.

“Had kapasiti sembelihan korban tidak melebihi lima ekor sehari dan bilangan kehadiran termasuk petugas tidak melebihi 12 orang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here