Jepun sumbang 1 juta dos vaksin AZ kepada Vietnam

0
35
TOSHIMITSU MOTEGI

TOKYO – Kerajaan Jepun akan menyumbang satu juta dos vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca ke Vietnam.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Luar Jepun, Toshimitsu Motegi, hari ini, kata The Guardian.

Menurut Motegi, bekalan vaksin yang dikilangkan di Jepun itu dijangka akan tiba di Vietnam, esok.

Beliau menambah, negaranya juga sedang menimbang sumbangan tambahan kepada negara itu dan Taiwan, dan juga sedang merancang penghantaran yang sama ke Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand mulai awal Julai.

Vietnam pada ketika ini mempunyai kes keseluruhan berjumlah 10,241 kes, dengan hanya 58 kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here