Jerman selesai undurkan kesemua anggota tenteranya dari Afghanistan

0
80

BERLIN – Jerman telah mengundurkan kesemua anggota tenteranya, Bundeswehr dari bumi Afghanistan, semalam.

Pengunduran itu diumumkan menerusi satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Menteri Pertahanan, Annegret Kramp-Karrenbauer dan Bundeswehr.

“Anggota terakhir telah meninggalkan bumi Afghanistan tepat pada pukul 9.24 pm waktu tempatan.

“Mereka akan membuat persinggahan di Tbilisi, Georgia dahulu sebelum kembali ke tanah air,” kata kenyataan itu.

Difahamkan, seramai 600 anggota Bundeswehr terlibat dalam operasi pengunduran itu.

Selama 20 tahun di Afghanistan, kontinjen Bundeswehr merupakan yang kedua terbesar selepas Amerika Syarikat (AS).

Perkembangan ini berikutan pengumuman Presiden AS, bahawa tentera AS akan diundurkan dari Afghanistan menjelang 11 September nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here