
CYBERJAYA- Malakat Grocer di Malakat Mall di sini membekalkan pelbagai jenis makanan sunnah selain produk muslim halal yang terdapat di pusat beli belah itu.
Pengurus Malakat Mall, Farah Hazwani Amir Hashim berkata, pelbagai jenis kurma, blackseed oil, kismis, kekacang dan macam-macam lagi ada di Malakat Grocer.

“Tidak semestinya kurma dimakan di bulan puasa sahaja kan? Kurma juga boleh dijadikan sebagai amalan makanan sunnah dalam keluarga kita juga.
“Lagi-lagi musim Covid-19 sekarang ini kita kena amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang bagi menguatkan imunisasi badan kita.

“Jadi, anda boleh dapatkan sebahagian dari makanan sunnah ini sebagai makanan tambahan untuk antibodi kita kekal cergas dan kuat,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya ari ini