Jom kita sekampung di Muslim Village

0
177


Muslim Village

CYBERJAYA- Muslim Village Eco Resort yang sedang giat dibangunkan bukan sekadar kediaman mahupun lokasi percutian semata-mata.

Sebaliknya perkampungan Islam itu dibangunkan atas beberapa misi penting seiring dengan hasrat supaya kita semua dapat hidup berjiran sampai ke syurga.

Muslim Village yang dibina di tapak seluasĀ 176 ekar di Bukit Tasik, Serendah, Selangor itu merupakan antara projek pembangunan Kumpulan Malakat Eco.

Harapan Muslim Village ialah untuk mewujudkan sebuah Eco Resort yang menjadi tumpuan para alim ulama dan orang Islam secara keseluruhannya.

Menjadi resort kediaman mahupun resort percutian pilihan ramai kerana amalan cara hidup Islam yang diamalkan.

Muslim Village juga disasarkan menjadi tempat yang dikunjungi oleh semua peringkat umur dan semua bangsa dan menjadikan Islam dekat di hati dan budaya Islam dapat diamalkan tanpa segan silu.

Selain menjadi perkampungan yang penuh dengan aktiviti pengembaraan, menjadikan golongan belia menghargai dan mencintai dengan Sang Pencipta Alam Semulajadi sekaligus meningkatkan semangat cintakan agama Islam.

Kumpulan Malakat Eco juga berharap penduduk di Muslim Village memahami perjuangan Islam dan memberikan sokongan yang mampan untuk menyebarkan syiar Islam.

Iaitu penduduk yang bersama-sama berusaha untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan umat Islam secara keseluruhan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Muslim Village atau mendaftar, orang ramai boleh layari www.MuslimVillage.io

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here