Jumlah kes Covid-19 hari ini kekal melebihi 7,000 kes

0
60

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Jumlah jangkitan baharu kes Covid-19 di seluruh negara terus kekal melebihi 7,000 kes untuk hari kelima tempoh lockdown penuh dilaksanakan di seluruh negara hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan kes tertinggi di seluruh negara dengan 2,509 kes.

Beliau berkata, dengan pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif adalah 610,574 kes dilaporkan setakat ini.

Berikut pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 2,509 (199,968)
Sabah – 259 (63,565)
Kuala Lumpur – 678 (62,502)
Johor – 412 (60,978)
Sarawak – 651 (50,571)
Pulau Pinang – 370 (30,482)
Kelantan – 312 (29,872)
Negeri Sembilan – 843 (29,416)
Perak – 252 (22,252)
Kedah – 263 (20,327)
Melaka – 206 (13,306)
Pahang – 286 (10,571)
Terengganu – 190 (9,713)
Labuan – 205 (4,540)
Putrajaya – 12 (1,976)
Perlis – 4 (535)

Semalam Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 7,748 kes dilaporkan di seluruh negara.

Malah, buat pertama kali juga semalam merekodkan kes kumulatif melebihi 600,000 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here