
AMSTERDAM – Persatuan Bola Sepak Belanda (KNVB) mengumumkan Frank de Boer meletak jawatan sebagai jurulatih pasukan negara tersebut.
Menurut KNVB dalam satu kenyataan sebentar tadi, kedua-dua pihak membuat keputusan untuk ‘memutuskan ikatan kontrak dengan serta-merta’.
“De Boer telah membuat pengumuman bahawa beliau tidak mahu menyambung kontraknya, selari dengan ‘sekurang-kurangnya pusingan suku akhir Kejohanan Euro’ sebagai syarat kontrak disambung.
“Oleh yang demikian, kontrak beliau (sebagai jurulatih) tidak akan diperbaharui,” kata KNVB.
Sementara itu de Boer dalam kenyataan yang sama turut memaklumkan kengganannya untuk meneruskan tugas itu.
“Jelas sekali, objektif (yang ditetapkan) telah gagal dicapai,” katanya.