Kadar jangkitan di India turun 90 peratus

0
237
India kini mempunyai jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 hampir 30 juta dengan lebih 389,000 kematian. Foto India Express

NEW DELHI – Kadar jangkitan Covid-19 di India menurun 90 peratus daripada paras tertinggi yang pernah direkodkan sebelum ini.

Pada masa sama, kenyataan pihak berkuasa kesihatan India itu semalam mendedahkan pemberian lebih 8.5 juta dos vaksin Covid-19 kepada rakyat negara itu.

Setiausaha Kementerian Kesihatan, Rajesh Bhushan berkata, sekitar dua pertiga daripadanya diberikan kepada mereka yang berada di luar bandar.

“Semalam, pusat-pusat vaksinasi di luar bandar memberikan 5,609,786 dos, iaitu 63 peratus daripada keseluruhan dos vaksin yang diberikan.

“Di kawasan bandar, 3,199,484 dos diberikan di pusat-pusat vaksin. Ia merangkumi 36 peratus daripada semua dos yang diberikan.

“Pada 7 Mei, kemuncak jumlah kes harian dicatatkan iaitu sebanyak 414,188. Sejak itu, penurunan berterusan direkodkan.

“Kini, penurunan itu mencecah 90 peratus berbanding dengan angka pada waktu puncak tersebut,” katanya memetik laporan Awani.

Perkembangan itu menyusul tindakan kerajaan pusat mengambil alih program vaksinasi negara dan menawarkan suntikan secara percuma kepada individu berusia 18 tahun ke atas.

India dilanda gelombang kedua jangkitan yang buruk pada April lalu dengan kes harian melonjak sehingga 414,000.

Setakat ini, negara itu mempunyai jumlah kumulatif jangkitan hampir 30 juta dengan lebih 389,000 kematian.

Namun, pakar kesihatan percaya angka itu sebenarnya lebih tinggi berbanding angka yang didedahkan daripada data.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here