Kadar kebolehjangkitan turun 5 hari berturut-turut

0
24
Kadar Rt di negara ini yang mencatatkan penurunan ketara.

CYBERJAYA – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan apabila merekodkan bacaan 1.06 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan yang dikongsi di laman Facebooknya memaparkan bacaan menurun untuk lima hari berturut-turut.

“Bacaan Rt merekodkan 1.16 pada hari Sabtu namun terus menurun pada 1.12 (Ahad), 1.09 (Isnin), 1.07 (Selasa) dan 1.06 (Rabu).

“Berbanding pada pertengahan bulan Mei lalu, Rt Covid-19 terus meningkat antara 15 hingga 23 Mei 2021 dengan mencatatkan bacaan tertinggi hingga 1.21,” katanya hari ini.

Katanya, kadar Rt di Selangor mencatatkan 1.09 iaitu lebih rendah daripada Sabah dengan Pulau Pinang apabila masing-masing merekodkan 1.21 dan 1.12.

Sementara itu, Labuan mendahului negeri lain dengan kadar 1.49, disusuli Negeri Sembilan (1.24); Sabah (1.21); Melaka (1.19); Perlis (1.18) dan Pahang (1.13).

Manakala Pulau Pinang dan Kelantan (1.12); Perak (1.11); dan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Terengganu serta Sarawak (1.09).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here