Kakitangan Malakat Mall kemalangan ketika ke tempat kerja

0
128
Keadaan Ridzuan yang terperosok ke bawah treler ketika kejadian.

CYBERJAYA – Seorang kakitangan penyelenggaraan Malakat Mall terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di KM 2.6 arah barat dari Uniten ke IOI Mall, pagi tadi.

Dalam kemalangan itu, Ahmad Ridzuan Azahar difahamkan mengalami kecederaan parah di kepala setelah terhentak pada tayar sebuah treler.

Menurut rakan setugas Ridzuan, Muhammad Iman Zainal Abidin ketika kejadian, mereka sedang menunggang motosikal dari Bangi untuk ke tempat kerja.

Difahamkan, sudah terdapat satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di lokasi kejadian , dengan sebuah treler dalam keadaan melintang menghalang laluan berikutan cuba mengelak kemalangan itu.

“Apabila sampai di tempat kejadian, terdapat sebuah treler yang sedang melintang di laluan.

“Ridzuan terbabas setelah cuba mengelak sebuah kereta yang membrek kecemasan bagi mengelak terlanggar treler yang menghalang laluan itu,” kata Iman dalam satu perbualan telefon sebentar tadi.

Dia menambah, keadaan jalan yang basah membuatkan Ridzuan gagal mengawal motorsikalnya menyebabkan dia tergelincir dan terperosok ke bawah treler itu.

“Kemungkinan, kepala dia terhantuk pada tayar treler itu menyebabkan dia pengsan,” tambah Iman lagi.

Ridzuan kemudiannya dihantar untuk mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here