Kartunis Aie meninggal dunia

0
273
Aie atau nama sebenarnya Shaari Sulong meninggal dunia di kediamannya di Banting, Selangor akibat komplikasi buah pinggang.

KUALA LANGAT – Kartunis Aie yang terkenal dengan kisah siri Aku Hidup Dalam Blues dalam majalah Ujang meninggal dunia di rumahnya di Sungai Manggis, Banting di sini, pagi tadi.

Menurut Kartunis Ujang atau Ibrahim Anon di Facebooknya, arwah menghembuskan nafas terakhir disebabkan komplikasi buah pinggang.

“Dukacita memaklumkan perginya Kartunis majalah Ujang iaitu Aie atau nama sebenarnya Shaari Sulong di usia 48 tahun di kediamannya di Banting, Selangor akibat komplikasi buah pinggang.

Watak Abe dalam Aku Hidup Dalam Blues

“Arwah terkenal dengan karakter kartun Abe dalam Aku Hidup Dalam Blues dan komik Loveville (Kadokawa GempakStarz). Takziah diucapkan,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here