Kekentalan penjaga gol Sweden buatkan Sepanyol gigit jari

0
66
Penyerang muda Sweden, Alexander ISak (jersi kuning) cuba melakukan rembatan ke arah pintu gol Sepanyol.

SEVILLE, Sepanyol – Pasukan Sepanyol hanya mampu mencatat keputusan seri dalam perlawanan menentang Sweden di Stadium La Cartuja, sebentar tadi.

Dalam perlawanan peringkat kumpulan E, Kejohanan Euro 2020 itu tadi, kedua-dua pasukan gagal menemukan gerakan penyudah bagi menghasilkan gol, sekaligus menyaksikan perlawanan ditamatkan dengan keputusan 0-0.

Penjaga gol Sweden, Olsen berjaya menghalang salah satu serangan Sepanyol ke arah pintu gawangnya.

Sepanyol yang pernah muncul juara kejohanan pada tahun 1964, 2008 dan 2012, bertali arus melakukan serangan, namun kekentalan penjaga gol Sweden, Robin Olsen kerap kali mengecewakan Sepanyol.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan E yang dimainkan terlebih dahulu di Stadium Saint Petersburg di Rusia, Poland tewas 1-2 kepada Slovakia.

Škriniar meraikan gol jaringannya pada minit ke-69 permainan.

Gol-gol Slovakia hadir menerusi gol sendiri penjaga gol Poland, Wojciech Szczęsny (min. 18, gs) dan Milan Škriniar (min. 69), manakala gol Poland pula hadir menerusi pemain tengahnya, Karol Linetty (min. 46).

Perlawanan itu juga menyaksikan layangan kad merah pertama kejohanan, apabila pemain Poland, Grzegorz Krychowiak dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari pemain lawan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here