Kelantan sumbang RM2.7 juta bantu golongan terkesan total lockdown

0
44
Ahmad Yakob

KOTA BHARU – Sebanyak RM2.7 juta disumbangkan kerajaan negeri ini kepada golongan yang terkesan akibat penutupan sektor ekonomi dan sosial atau total lockdown menerusi Pakej Bantuan Cakna Rakyat Covid-19.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM60,000 bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diselaraskan melalui 45 Pusat Khidmat DUN.

Selain itu katanya, bayaran cukai tanah semasa yang berakhir pada 30 Jun 2021 turut dilanjutkan kepada 31 Ogos 2021, manakala denda lewat cukai tanah pula hanya akan dikenakan bermula 01 September 2021

Pada masa yang sama katanya, kerajaan negeri menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) Tambahan sebanyak RM40 bilion.

Sebagai menyambut baik langkah itu, beliau turut menyumbangkan RM15,000 kepada Tabung Amanah Kebajikan Darul Naim (Tabung Serambi Mekah) manakala setiap Exco kerajaan negeri iaitu menyumbang sebanyak RM10,000 seorang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan sebanyak RM3,000 seorang.

Ahmad turut menyeru rakyat Kelantan merancakkan lagi aktiviti imunisasi dan membuat pendaftaran segera bagi mengawal penularan Covid-19.

“Marilah kita terus berdoa agar petugas barisan hadapan diberi kekuatan dan ketabahan oleh ALLAH SWT atas usaha dan pengorbanan dalam menjalankan tugas yang sangat mulia ini. Semoga ALLAH SWT mengangkat wabak ini daripada kita semua,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here