Kematian Floyd: Anggota polis dipenjara 22 tahun

0
151
Derek Chauvin, (kanan) dihukum penjara selama 22 tahun atas kesalahan menyebabkan kematian George Floyd pada Mei 2020.

MINNEAPOLIS – Pegawai polis yang melakukan kekerasan sehingga menyebabkan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd kira-kira dua tahun lalu dijatuhkan hukuman penjara 22 tahun 6 bulan.

Keputusan terhadap Derek Chauvin, 45, itu dibacakan Peguam Negeri Minnesota, Keith Ellison dalam perbicaraan semalam yang dihadiri oleh ahli keluarga Floyd dan Chauvin.

Chauvin didapati bersalah atas tuduhan pembunuhan tahap kedua dan ketiga yang menyebabkan kematian secara tidak sengaja.

Hakim Daerah Hennepin, Peter Cahill berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kesalahan yang dilakukan oleh Chauvin dan kesan yang ditanggung oleh keluarga Floyd.

Kes juga katanya memperjuangkan prinsip kebenaran global yang membuktikan keputusan mahkamah tidak tergugat dengan campur tangan dan anasir ‘luar’.

Dalam kejadian pada Mei 2020, Floyd ditahan oleh tiga anggota polis Minnesota yang mana salah seorang daripadanya (Chauvin) menekan bahagian leher Floyd menggunakan lutut sehingga mangsa tidak dapat bernafas.

Kekerasan yang dilakukan Chauvin selama 9 minit itu dirakam oleh orang ramai yang mendesak anggota polis tersebut memberikan mangsa peluang untuk bernafas namun tidak dihiraukan.

Insiden itu bukan sahaja menyemarakkan gerakan “BlackLives Matter’ bahkan mencetuskan protes terbesar yang pernah disaksikan di Amerika Syarikat dalam beberapa dekad ini.

Kajian atas talian yang dilakukan mendapati sekurang-kurangnya 20 juta mengambil bahagian dalam protes itu di Amerika Syarikat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here