Kementerian Luar Bandar gerakkan bas ekspres sebagai PPV

0
39
Dr. Abdul Latiff (kiri sekali) ketika melakukan tinjauan ke Depoh MARA Liner di Batu Muda, Kuala Lumpur hari ini.

CYBERJAYA – Kementerian Luar Bandar akan menggerakkan 17 buah bas ekspres yang sudah diubah suai menjadi pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak bagi mempercepatkan proses vaksinasi penduduk luar bandar, khususnya masyarakat Orang Asli di seluruh Semenanjung.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata kesemua bas milik MARA Liner Sdn Bhd itu mempunyai sembilan kaunter vaksinasi, termasuk 1 kaunter dikhaskan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Beliau menambah, setiap bas itu mempunyai keupayaan untuk memberikan vaksin kepada 1,200 penerima dengan waktu operasi selama 10 jam.

“Sebagai percubaan, dua unit PPV bergerak MARA Liner itu akan berlepas ke Sungai Siput di Perak Sabtu ini untuk membantu pemberian vaksin kepada masyarakat Orang Asli di beberapa kampung sekitar kawasan itu.

“Perak merupakan negeri yang mempunyai masyarakat Orang Asli paling ramai selain Pahang,” katanya kepada Bernama selepas meninjau PPV bergerak itu di Depoh MARA Liner di Batu Muda, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau turut berkata, operasi PPV bergerak MARA Liner merangkumi beberapa kaunter yang didirikan di bawah khemah bersebelahan PPV bergerak berkenaan termasuklah kaunter untuk proses pengesahan, pendaftaran, konsultasi dan pemerhatian kepada penerima vaksin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here