Kenyataan promosi LGBTQ Kedutaan AS tindakan songsang

0
188
Tangkap layar kenyataan Kedutaan Amerika ke Malaysia di Facebook, semalam.

CYBERJAYA – Tindakan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia yang memuat naik poster Presidennya, Joe Biden dengan kapsyen mempromosikan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) merupakan tindakan songsang dan tidak sensitif.

Pengerusi Yayasan Ikhlas, Prof. Dr. Zainur Rashid Zainuddin berkata, keterbukaan kedutaan AS mempromosikan budaya yang bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia bakal mengundang situasi lebih parah di masa hadapan.

“Hari ini mereka mempromosi LGBT, esok mereka akan lebih berani dengan mempromosi normalisasi Israel. Tolak LGBT, tolak normalisasi Israel,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kedutaan itu semalam memuatnaik poster Joe Biden berlatar belakangkan warna pelangi yang menjadi simbol perjuangan komuniti yang cintakan seks songsang.

Dalam hantaran itu, Kedutaan memetik dan memuji perjuangan LGBTQ Biden yang disifatkan sebagai memperjuangkan hak kesamarataan rakyat negara itu.

Biden dipetik berkata: “Semua manusia perlu dilayan dengan hormat dan bermartabat dan harus boleh hidup tanpa rasa takut tidak kira siapa mereka atau siapa yang mereka cintai”.

Pada hantara itu, kedutaan juga dilihat secara ‘provokasi’ dan sengaja menggunakan tanda pagar berbahasa Melayu #TetapBangga, #SelaluBangga dan #PrideMonth.

Pada tahun 2018, Kedutaan AS di Malaysia pernah menyuarakan sokongan kepada dua aktivis LGBT di mana potret mereka diturunkan dari Festival George Town yang berlangsung di Pulau Pinang.

Melalui Instagramnya, kedutaan itu memaparkan gambar Nisha Ayub memegang Jalur Gemilang yang diturunkan dari pameran ‘Stripes and Strokes’, dengan berkata: “Gambar memberi seribu pengertian, tetapi kata-kata lebih kuat.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here