Keputusan SPM 2020 terbaik sejak 2016 – Radzi Jidin

0
51
DATUK DR MOHD. RADZI MD. JIDIN

CYBERJAYA – Meskipun berhadapan dengan kesukaran akibat penularan wabak Covid-19, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 tetap mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila memperoleh Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 berbanding 4.86 pada tahun lalu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, lebih membanggakan apabila pencapaian itu adalah terbaik sejak 2016.

Pada masa sama, katanya, pencapaian calon luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar.

“Pada SPM 2020, mata pelajaran Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menunjukkan peningkatan dalam prestasi mata pelajaran teras, sementara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menunjukkan penurunan.

“Calon layak sijil SPM pula meningkat kepada 88.68 peratus, lebih 1,96 peratus berbanding 86.72 peratus pada 2019.

“Sementara calon berkeperluan khas (CBK) layak sijil SPM turut menunjukkan peningkatan 6.88 peratus kepada 68.22 peratus pada 2020 berbanding 61.34 peratus pada 2019,” katanya.

Radzi berkata, sebanyak 43 mata pelajaran menunjukkan keputusan peningkatan, 39 menurun dan satu kekal.

Seramai 401,105 calon telah menduduki peperiksaan SPM 2020 dengan jumlah keseluruhan 83 mata pelajaran di 3,310 pusat peperiksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here