Kerajaan digesa guna MySejahtera bantu usahawan ketika pandemik – Coach Fadzil

0
122
Mohd Fadzil Hashim ketika tampil sebagai ahli panel dalam program MyHalal dengan mengupas topik PKS Halal Ada Peluang?, hari ini

CYBERJAYA – Kerajaan digesa dapat membantu usahawan tempatan terutamanya industri kecil dan sederhana (IKS) melakukan pemasaran produk dengan menggunakan aplikasi MySejahtera yang mempunyai akses kepada seluruh rakyat Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim, selain bantuan kewangan bantuan menerusi kaedah itu sangat penting terutamanya dalam membantu usahawan tempatan terus dapat bertahan ketika pandemik sedang melanda negara ditambah dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijangka berterusan sehingga hujung tahun ini.

“Orang selalu faham bantuan kerajaan ialah kewangan tapi bantuan yang paling diperlukan oleh usahawan pada masa sekarang ialah pemasaran.

“Ketika ini kerajaan ada satu ‘tool’ iaitu MySejahtera yang mempunyai akses kepada seluruh rakyat Malaysia, kalau dia tambah satu butang yang boleh pergi ke portal yang mengumpulkan semua usahawan tempatan, itu sudah cukup membantu usahawan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam siaran langsung program MyHalal bersama Coach Fadzil mengupas topik PKS Halal Ada Peluang?, hari ini.

Malakat Mall Masjid Tanah

Turut sama sebagai ahli panel undangan ialah Pengarah Kataya Sdn Bhd, Zaihan Kaswar dan artis terkenal, Tomok.

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, dalam situasi ekonomi tidak menentu sekarang, kerajaan perlu lebih memberikan tumpuan kepada usahawan tempatan berbanding syarikat dan produk asing yang hanya akan menyebabkan aliran tunai dalam negara keluar.

Menyentuh mengenai peluang yang disediakan oleh Kumpulan Malakat dalam membantu usahawan, katanya, selain menyediakan ruang untuk meletakkan produk pihaknya, turut menerapkan pendekatan 3M kepada usahawan.

Pelanggan yang hadir membeli barangan di Malakat Grocer Alam Damai.

“3M itu ialah mendidik, membimbing dan membantu. Kita bukan sahaja mendidik tentang produk tetapi juga tentang pentingnya mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Untuk membimbing pula kalau produk itu dulu kecil kita akan bimbing sehingga menjadi besar di pasaran.

“Ketiga ialah membantu usahawan, kami tawarkan kepada usahawan ayuh bersama kami dan bagi pengguna pula ayuh pindah belanja ke Malakat Mall untuk kita bantu orang kita,” katanya.

Sementara itu, katanya, sebagai mengikuti trend perniagaan semasa yang mana kebanyakan pelanggan berbelanja secara atas talian menggunakan platform terkenal sedia ada, pihaknya turut memperkenalkan platform Malakat.com bagi memudahkan pelanggan berbelanja.

Katanya, menerusi platform tersebut pengguna boleh memperoleh barangan yang diyakini halal tanpa perlu berasa was-was.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here