Kerajaan dijangka umum moratorium, i-Sinar dalam masa terdekat

0
157
Zafrul Tengku Abdul Aziz

CYBERJAYA – Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan di Facebooknya hari ini memberi gambaran kerajaan bakal mengumumkan pemberian moratarium dan i-Sinar dalam waktu terdekat.

Beliau berkata, bantuan itu sedang dalam perbincangan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan agensi-agensi berkaitan.

Kemudahan itu katanya diharap akan mengurangkan beban ditanggung rakyat akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau total lockdown ketika ini.

“Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat. Insya-Allah.

“Isu moratorium dan i-Sinar. Saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri dan agensi-agensi berkaitan,” katanya.

Pengumuman itu dilihat memberi harapan kepada rakyat yang mengharapkan kerajaan memberikan moratarium secara automatik dan pengeluaran i-Sinar dari tabung
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang diluluskan kerajaan sebelum ini.

Bantuan itu mungkin merupakan antara pakej bantuan Covid-19 yang akan diumumkan oleh Muhyiddin Yassin, seperti disebut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, pada Khamis lalu.

Khairy sebelum ini menyatakan kerajaan akan mengumumkan satu lagi pakej bantuan ekonomi namun tidak memberi sebarang perincian berhubung bantuan berkenaan termasuk jumlah dan bila ia akan diumumkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here