Kes Covid-19 kembali melonjak kepada 6,239 kes hari ini

0
99
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kes harian Covid-19 kembali meningkat kepada 6,239 kes hari ini selepas dua hari berturut-turut merekodkan kes sekitar angka 5,000.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu di Selangor juga kembali meningkat melebihi angka 2,000 kes selepas dua hari berturut-turut merekodkan kes di bawah angka tersebut.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 633,891 kes.

Berikut pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 2,291 (207,335)
Sabah – 232 (64,788)
Kuala Lumpur – 704 (64,542)
Johor – 468 (62,822)
Sarawak – 419 (53,000)
Negeri Sembilan – 507 (31,555)
Pulau Pinang – 194 (31,285)
Kelantan – 340 (31,027)
Perak – 175 (23,003)
Kedah – 135 (20,929)
Melaka – 150 (14,173)
Pahang – 232 (11,214)
Terengganu – 171 (10,265)
Labuan – 200 (5,352)
Putrajaya – 17 (2,058)
Perlis – 4 (543)

Sebagai rekod, hari ini merupakan hari kesembilan lockdown penuh dilaksanakan di seluruh negara dengan kes baharu jangkitan Covid-19 masih berada pada paras membimbangkan.

Semalam Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 5,566 kes iaitu sedikit meningkat berbanding hari sebelumnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here