Kes Covid-19 kembali melonjak, Perlis rekodkan 7 kes baharu

0
52
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kes baharu Covid-19 hari ini terus kembali melonjak dengan pertambahan 7,703 kes sekali gus menjadikan kes kumulatif sebanyak 587,165 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan
2,728 kes.

Dalam pada itu, katanya, Perlis yang semalam tidak melaporkan sebarang kes kembali merekodkan tujuh kes baharu hari ini.

Berikut pecahan kes baharu mengikut setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 2,728 (191,722)
Sabah – 254 (62,816)
Kuala Lumpur – 701 (60,172)
Johor – 554 (59,368)
Sarawak – 588 (48,620)
Pulau Pinang – 407 (29,433)
Kelantan – 541 (28,860)
Negeri Sembilan – 586 (27,288)
Perak – 224 (21,245)
Kedah – 283 (19,428)
Melaka – 209 (12,544)
Pahang – 237 (10,004)
Terengganu – 224 (9,193)
Labuan – 159 (4,043)
Putrajaya – 1 (1,911)
Perlis – 7 (518)

Semalam negara kembali merekodkan lebih 7,000 kes selepas dua hari berturut-turut menunjukkan penurunan kes baharu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here