Kes Covid-19 turun kepada 5,271 kes di hari ketujuh lockdown penuh

0
113
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Hari ketujuh pelaksanaan lockdown penuh di seluruh negara mula menunjukkan kesan positif apabila kes jangkitan Covid-19 hari ini turun hampir 1,000 kes berbanding semalam kepada 5,271 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes di Selangor juga menunjukkan penurunan drastik apabila pertama kali mencatatkan kes di bawah 2,000 selepas berminggu-minggu mencatatkan angka membimbangkan.

Beliau berkata, dengan pertambahan kes baharu itu jumlah kumulatif kes kini adalah 622,086 kes.

Berikut pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 1,374 (203,520)
Sabah – 336 (64,206)
Kuala Lumpur – 455 (63,372)
Johor – 355 (61,898)
Sarawak – 703 (51,874)
Pulau Pinang – 153 (30,906)
Negeri Sembilan – 571 (30,543)
Kelantan – 341 (30,483)
Perak – 177 (22,603)
Kedah – 194 (20,646)
Melaka – 178 (13,709)
Pahang – 99 (10,825)
Terengganu – 117 (9,988)
Labuan – 209 (4,961)
Putrajaya – 8 (2,014)
Perlis – 1 (538)

Semalam Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 6,241 kes selepas beberapa hari merekodkan lebih 7,000 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here