
CYBERJAYA – Hari keenam lockdown penuh di seluruh negara menunjukkan kes jangkitan Covid-19 hari ini turun lebih 1,000 kes berbanding semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 6,241 kes dilaporkan hari ini berbanding 7,452 kes semalam.
Beliau berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan kes kumulatif bertambah kepada 616,815 kes.
Berikut adalah pecahan kes setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,178 (202,146)
Sabah – 305 (63,870)
Kuala Lumpur- 415 (62,917)
Johor – 565 (61,543)
Sarawak – 600 (51,171)
Pulau Pinang – 271 (30,753)
Kelantan – 270 (30,142)
Negeri Sembilan – 556 (29,972)
Perak – 174 (22,426)
Kedah – 125 (20,452)
Melaka – 225 (13,531)
Pahang – 155 (10,726)
Terengganu – 158 (9,871)
Labuan – 212 (4,752)
Putrajaya – 30 (2,006)
Perlis – 2 (537)
Pada Selasa lalu, kerajaan menguatkuasakan perintah lockdown penuh di seluruh negara selepas kes jangkitan Covid-19 bertambah dengan semakin serius.-MT