Kes harian Covid-19 kembali melonjak kepada 6,440 kes

0
77
Kes baharu Covid-19 hari ini

CYBERJAYA – Harapan orang ramai untuk melihat kes jangkitan Covid-19 turun terus tinggal harapan apabila kes baharu hari ini terus melonjak melebihi 6,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 6,440 kes dilaporkan hari ini dengan kes kumulatif kini meningkat kepada 685,204 kes.

Beliau berkata, Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan 2,095 kes diikuti Negeri Sembilan dengan 870 kes.

Berikut merupakan pecahan kes baharu bagi setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 2,095 (224,344)
Kuala Lumpur – 816 (70,306)
Sabah – 199 (67,177)
Johor – 592 (66,868)
Sarawak – 536 (58,570)
Negeri Sembilan – 870 (37,064)
Kelantan – 200 (33,096)
Pulau Pinang – 122 (32,766)
Perak – 357 (24,303)
Kedah – 159 (22,906)
Melaka – 223 (15,683)
Pahang – 79 (11,897)
Terengganu – 32 (10,861)
Labuan – 152 (6,643)
Putrajaya – 6 (2,150)
Perlis – 2 (570)

Semalam Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 5,738 kes baharu dilaporkan pada hari ke-18 lockdown penuh dilaksanakan di seluruh negara.

Sejak lockdown penuh dilaksanakan pada 1 Jun lalu tiada sebarang tanda-tanda kes harian akan mengalami trend penurunan malah setiap hari terdapat banyak kluster baharu terutamanya melibatkan kluster tempat kerja.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here