Kes harian Covid-19 meningkat kepada 5,738 kes

0
29
Dr. Noor Hisham Abdulllah

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu Covid-19 negara yang direkodkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sejak 24 jam yang lalu meningkat sebanyak 588 kes berbanding jumlah dikesan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdulllah melalui Twitter berkata, jumlah terbaharu jangkitan adalah 5,738 kes berbanding 5,150 semalam.

Katanya, Selangor kekal menjadi negeri dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,858 kes berbanding 1,914 pada hari sebelumnya.

Negeri kedua tertinggi adalah Negeri Sembilan dengan 1,086 kes dan Kuala Lumpur 641 kes.

Dalam tempoh yang sama katanya, Sarawak merekodkan 559 kes baharu, Johor (449), Sabah 241, Kelantan (154), Kedah (197), Melaka (184) dan Labuan (97).

Peningkatan kes terbaharu itu menjadikan kes kumulatif negara kini berjumlah 678,764 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here